Dec 01, 2024 - FASSkuad Selangor FC meneruskan perjuangan pada minggu ini dengan perlawanan Round 16 kedua saingan Unifi Piala Malaysia 2024/25 menentang Sri Pahang FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 8:30 malam.
Ini merupakan pertemuan ke-127 di antara #SRPSFC. Gergasi Merah telah memenangi 66 perlawanan dan 29 seri. Selain itu, 222 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini.
Mengambil pengajaran daripada perlawanan lalu, Ketua Jurulatih, Katsuhito Kinoshi menyatakan bahawa pasukan telah membuat persiapan sepatutnya dan beliau yakin para pemain akan mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan yang lalu.
‘’Bagi saya perkara paling penting untuk perlawanan malam ini adalah menjaringkan lebih banyak gol, dan saya bertanggungjawab untuk merealisasikannya. Kami (barisan jurulatih) telah berusaha keras menjalankan latihan pemulihan daripada perlawanan ACLTwo yang lalu dengan baik dan memastikan para pemain bersedia dari segi mental. Daripada sesi latihan yang dijalankan, saya yakin pasukan akan beraksi dan melaksanakan rancangan yang telah dirancang dengan lebih baik,” kata beliau.
Bagi keberadaan pemain, Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL), Ruventhiran mengalami kecederaan tissue di bahagian kaki depannya, Khuzaimi pula tegang di bahagian hamstring, manakala Samuel Somerville cedera di bahagian lututnya.
Pihak pengurusan Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya. Kami sentiasa di belakang Gergasi Merah. Ayuh, Merah Kuning Ku!
Demi Kebanggaan!